Sinopsis Telemovie Cik Cinderella Dan Encik Tengku Raya

JUDUL : CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU RAYA #CCDETR
TARIKH / MASA : Syawal 2016
SIARAN : TV3
PENULIS SKRIP : Amin Shakib
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Zahirah MacWilson, Mirza Adam, Puteri Aishah, Dato Eizlan Yusof, Aleza Shadan, Zulin Aziz, Sherry Alhadad

SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU RAYA
Sambungan daripada drama siri Cik Cinderella & Encik Tengku. Puteri merancang untuk meraikan Hari Raya di rumah nenek dan Mak Ngah bersama anak sulungnya, Daniel. Seminggu sebelum Raya, ibu tiri baharu Puteri telah disahkan mengandung. Kebetulan ayah Puteri berada di luar negara atas urusan perniagaan. Puteri merasakan sesuatu tidak kena dan beranggapan Daniel menyembunyikan sesuatu daripadanya. Hakikatnya, Daniel dinaikkan pangkat dan terpaksa ke luar negara. Dia terpaksa menyembunyikan dulu berita tersebut daripada pengetahuan Puteri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Masa kian suntuk, ibu tiri Puteri sudah sarat dan bakal melahirkan bayi dan ayah Puteri masih belum pulang.

0 Response to "Sinopsis Telemovie Cik Cinderella Dan Encik Tengku Raya "

Post a Comment