Sinopsis Telemovie Batu Nisan Ibu

JUDUL : BATU NISAN IBU
TARIKH / MASA : Isnin, 4 Julai 2016, 10.00 malam
SIARAN : TV3
SKRIP : Ahmad Hamdan
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Nabila Huda, Alleeya, Ayu Raudah, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan,

SINOPSIS BATU NISAN IBU
Ana (Nabila Huda) hamil setelah terlanjur dengan teman lelakinya. Ayahnya, Pak Ali (Dato Rahim Razali) berasa amat malu lantas menghalau pasangan itu keluar dari kampung. Mereka mulakan hidup baharu di pinggir bandar. Badrul (Redza Rosli) ialah seorang lelaki yang suka berpoya dan menghilangkan diri tanpa berita ketika Rina berusia 9 tahun. Takdir menentukan Ana meninggal dunia dan Rina (Alleeya) dibesarkan oleh Pak Ali. Setelah beberapa tahun Ana dikebumikan, pusaranya terbiar dan tidak mempunyai batu nisan. Rina nekad mengumpul duit demi membeli batu nisan untuk arwah ibunya. Perkara ini menimbulkan kemarahan Pak Ali kerana dia memang sengaja tidak mahu meletakkan batu nisan. Dia tidak mahu orang kampung tahu bahawa anaknya dikebumikan di kampung itu.

0 Response to "Sinopsis Telemovie Batu Nisan Ibu"

Post a Comment