Drama Syangku Kapten Mukhriz ,Slot Akasia Tv3



JUDUL : SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ #Sayangkukaptenmukriz
EPISOD : 23 episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Sophilea 
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Niena Baharun, Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi, Illey Mohtada

WATAK PELAKON
Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun sebagai Dr. Ariana Dahlia 
Fezrul Khan sebagai Izzudin

SINOPSIS SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ (NOVEL ANUGERAH TERINDAH)

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz

1 Response to "Drama Syangku Kapten Mukhriz ,Slot Akasia Tv3"