Sinopsis Telemovie Takraw Kampung ,Skrin Di9

JUDUL : TAKRAW KAMPUNG
TARIKH / MASA : Isnin, 14 Mac 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Kazar Saisi, Mak Jah, Shakila Khoriri, Nasir Bilal Khan

SINOPSIS TAKRAW KAMPUNG
Mengisahkan Lan (Syafiq Kyle), seorang pemuda kampung berusaha untuk menjadi pemain takraw hebat demi mengharumkan nama baik kampungnya, Kampung Pecah Tembelang yang telah tercemar setelah kalah ketika perlawanan persahabatan dengan Kampung Mulut Tempayan.

Lan mula berguru dengan Sifu Rahman, iaitu bekas pemain takraw negara. Mereka sepasukan mula dilatih seperti komando. Apabila tiba hari perlawanan, mereka terpaksa berentap dengan salah seorang ahli kumpulan lawan yang handal dari Thailand dibawa khas oleh pasukan Kampung Mulut Tempayan. Bagaimanakah pasukan Kampung Pecah Tembelang meneruskan permainan itu? Berjayakah misi mereka?

0 Response to "Sinopsis Telemovie Takraw Kampung ,Skrin Di9"

Post a Comment