Sinopsis Telemovie Wan Embong ,Cerekarama Tv3

SINOPSIS WAN EMBONG


Cerekarama ‘Wan Embong’ yang bakal disiarkan pada Sabtu ini, 21 November, jam 9 malam menerusi TV3

Telefilem ‘Wan Embong’ yang merupakan drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd, dibawah arahan Amie Maziah, akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Neelofa, Faizal Hussein, Dato’ Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan As’ari dan Izreen Azminda.

Ianya mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (Faizal Hussein) sebagai isteri ketiga. Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali).

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka selalu membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka sambil merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali.

Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?
Untuk mengetahui kesudahan cerita yang penuh tragis ini, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan telefilem ‘Wan Embong’ yang akan menemui penonton dalam slot Cerekarama, 21 November pada jam 9 malam.

0 Response to "Sinopsis Telemovie Wan Embong ,Cerekarama Tv3"

Post a Comment