Sinopsis Drama Hai Lah Menantu ,Cerekarama Tv3

Saksikan ‘Hai Lah Menantu’ menerusi slot Cerekarama pada Sabtu ini, (14 November), 9 malam. Diterbitkan oleh CTG Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jurey Latiff, telefilem ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Kartina Aziz, Amyra Rosli, Kamal Adli, Kismah Johar dan Elisha Sandha.

Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan ‘Hai Lah Menantu’ pada hari Sabtu ini, 14 November, 9 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.

0 Response to "Sinopsis Drama Hai Lah Menantu ,Cerekarama Tv3"

Post a Comment