Sinopsis Drama ,Kasih Seorang Banduan ,Skrin Di 9

Sejarah silam Sakinah sebagai pengedar dadah menyebabkan dia diberkas polis ketika sudah melahirkan seorang bayi luar nikah, iaitu Syamil. Syamil dijaga oleh sepasang suami isteri mualaf, Peter dan Sarah iaitu jiran kepada Sakinah. Syamil membesar menjadi anak yang baik dan disenangi ramai. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, rumah mereka terbakar dan mengorbankan Peter dan Sarah.

Syamil bersedih dan membuat keputusan untuk menjadi bilal di masjid kawasan rumahnya dulu. Manakala Sakinah pula dibebaskan awal atas sebab berkelakuan baik sepanjang tahanan. Sakinah tekad ke tempat tinggalnya dulu kerana rindukan Syamil. Malangnya, rumah itu sudah ranap ditelan api dan dikhabarkan oleh jiran sekeliling bahawa Syamil berpindah dan tentang kematian Peter dan Sarah.

Waktu Asar tiba, Syamil mengalami kekejangan badan setelah selesai berdoa untuk bertemu ibu kandungnya. Manakala Sakinah yang sedang mengambil wuduk di masjid yang sama jatuh tergelincir lalu rebah. Mereka menghembuskan nafas terakhir di situ, tanpa bertemu.


Menampilkan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Amyza Adnan, Hanis Kamal Bakar dan Mahmud Ali Bashah, para penonton disarankan untuk menyediakan tisu ketika menonton ‘Kasih Seorang Banduan’ pada 12 Oktober, jam 8.30 malam dalam slot Skrin Di 9.

0 Response to "Sinopsis Drama ,Kasih Seorang Banduan ,Skrin Di 9"

Post a Comment