Sinopsis Drama ,Alaa Bib ,Slot Iris

Bib, seorang gadis kampung yang naif dan lucu sering membina impian untuk menjadi kaya. Dia mengimpikan sebuah rumah besar yang punya kolam renang seperti yang dimiliki oleh sahabatnya, Mira. Sekalipun tanpa kelulusan SPM yang baik, Bib sentiasa yakin dia pasti akan mencapai impiannya. Bib dicintai oleh seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai pemandu lori bernama Lokman. Walau bagaimanapun Lokman tidak menepati ciri-ciri lelaki impian Bib. Secara kebetulan Bib bertemu dengan peminatnya sewaktu darjah satu bernama Mikail. Namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mencetuskan pergaduhan demi pergaduhan. Bib akhirnya meminta bantuan Mikail untuk mengenalkannya dengan mana-mana kawan Mikail yang berstatus kaya dan bujang. Mikail kemudian memperkenalkan Bib dengan Joeran. Setelah Joeran mula memberikan cinta, Mikail pula rasa bersalah dengan Joeran yang baik itu. Mikail memberitahu Joeran tentang impian Bib untuk jadi kaya dan hanya menggunakan Joeran untuk mencapai impiannya. Joeran mula menjauhkan diri. Tetapi tanpa disangka, Bib sebenarnya benar-benar jatuh cinta terhadap Joeran dan berusaha mendapatkan Joeran kembali. Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya Joeran ingin menoktahkan cintanya dengan perkahwinan. Bib bersetuju dengan syarat hantaran 50k dan sebuah kolam renang dibina di hadapan rumah ibunya. Joeran bersetuju. Namun selepas Joeran memberikan 25k, Bib tiba-tiba menghilangkan diri. Mikail menuduh Bib melarikan diri dengan wang pemberian Joeran. Namun segalanya terungkai apabila Bib rupanya terpaksa menggunakan wang itu sebagai pendahuluan untuk pembedahan jantung ibunya. Bib meminta maaf kepada Joeran. Dia sanggup kehilangan Joeran, sanggup melupakan impiannya untuk menjadi kaya demi kasihnya terhadap ibu. Joeran akhirnya menerima cinta Bib semula. Tidak cukup dengan itu, Joeran telah membayar keseluruhan kos pembedahan ibu Bib. Impian Bib untuk menjadi kaya, tinggal di rumah besar yang punya kolam renang akhirnya menjadi realiti!

0 Response to "Sinopsis Drama ,Alaa Bib ,Slot Iris"

Post a Comment