Yoon Eun Hye Dituduh Ciplak Rekaan Baju

PELAKON popular Yoon Eun-hye dituduh menciplak pakaian pereka Korea dalam sebuah pertandingan program realiti TV di China berjudul "The Goddes Outfit".

Pereka fesyen Korea Yoon Choon Ho menerusi laman sosial Facebook miliknya melahirkan rasa marah dan kecewa terhadap perkara tersebut.

Menurutnya, baju yang digayakan pelakon itu merupakan rekaan baju di koleksi Musim Luruh/Dingin 2015 yang dilancarkan pada Mac lalu.

"Mereka pernah meminjam baju tersebut dan saya yakin dia telah meniru rekaan fesyen tersebut untuk pertandingan itu," tulisnya.

Pereka fesyen tersebut memberitahu dia sedar tentang perkara itu selepas seorang pelanggan membeli baju rekaan yang sama selepas menonton program itu.

Eun-hye merupakan seorang pelakon dan penyanyi dan dikenali selepas membintangi drama Princess Hours dan Coffee Prince.

0 Response to "Yoon Eun Hye Dituduh Ciplak Rekaan Baju"

Post a Comment