Tun Dr Mahathir Kongsikan Pengalaman Pertama Berlakon

“Saya menggeletar apabila disuruh berlakon buat pertama kalinya. Saya ingat hanya di suruh untuk bawa kereta tetapi disuruh pula berdialog dan saya ikut sahaja. Saya buat hanya satu hari sahaja. Saya terima untuk berlakon dalam filem ini setelah 1 tahun 3 bulan filem ini disiapkan”

“Saya puas hati filem ini. Kalau yang ingin menilai dari segi lakonan saya, saya tak tahu nak letakkan diri saya di mana kerana saya bukan pelakon. Saya berlakon mereka tak bagi apapun,” katanya dalam nada bergurau ketika sidang media filem Kapsul.

Sementara itu, Tun Mahathir turut menyatakan pendapatnya agar lebih banyak karya sebegini dihasilkan agar generasi tidak mudah akan asal usul perjuangan negara untuk menuntut kemerdekaan.

“Kena buat lebih banyak filem yang bergenre seperti ini supaya budak-budak tahu tentang perjuangan orang-orang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan, kerana sekarang mereka buka mata terus melihat arus kemodenan yang dikecapi masyarakat sekarang,” tambah beliau.

Filem Kapsul yang menggandingkan nama-nama besar seperti Faizal Hussein sebagai teraju utama selain itu Jue Aziz dan yang lain-lain telah menjadikan filem tersebut lain daripada yang lain dengan penggunaan CGI yang jarat dilihat dalam penerbitan filem mahupun drama di negara ini.

Filem yang menelan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM 2.3 juta ini dijangka bakal menemui penonton bermula pada 17 September 2015.

0 Response to "Tun Dr Mahathir Kongsikan Pengalaman Pertama Berlakon"

Post a Comment