Sinopsis Drama Uda Dan Dara ,Adaptasi Novel Aisya Sofea








Drama terbaru Uda Dan Dara adaptasi dari novel karya Aisya Sofea. Sebuah drama terbitan Global Station, diarahkan oleh Ejump Zahir. Pelakon utamanya ialah Zul Ariffin dan Siti Saleha. Turut dibintangi oleh Idris Khan, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Akan menemui penonton bulan Oktober nanti di Astro Mustika HD.

JUDUL : UDA DAN DARA
EPISOD : 65 Episod
TARIKH / MASA : Oktober 2015
SIARAN : Astro Mustika HD
NOVELIS : Aisya Sofea
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Siti Saleha, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri, Tash Yong


SINOPSIS UDA DAN DARA, Dari Novel

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.” 





10 Responses to "Sinopsis Drama Uda Dan Dara ,Adaptasi Novel Aisya Sofea"

  1. Uda & dara sal panjng sgat episode dia?

    ReplyDelete
  2. Sal episode uda dan dara panjng sgat

    ReplyDelete
  3. Sal episode uda dan dara panjng sgat

    ReplyDelete
  4. Alaa. Sikitnya episod! Memori cinta suraya smpi 136.alaaa, nk tgk zul ariffin ngn siti saleha lame sikit :(

    ReplyDelete
  5. Makk aihhh pnjang ep tk larat nk follow... Ingt pndek je... Mlas nk layan ep pnjang nie

    ReplyDelete
  6. Makk aihhh pnjang ep tk larat nk follow... Ingt pndek je... Mlas nk layan ep pnjang nie

    ReplyDelete
  7. Boleh episode uda dan dara panjng tpi jgn ada episode yg kadang2 buat bosan dn x masuk akal

    ReplyDelete
  8. nak lawan bukan kerana aku tak cinta kot....

    ReplyDelete